Monday, March 11, 2019

Monolog jiwa

Sedang dunia hanya sementara
Mengapa kamu terlalu meminta wahai hati
Pulanglah kepangkal jalan
Segalanya cuma sementara...

Dia yang mencintaiku
Benar terlalu cinta..
Namun bisakah kau
Berubah untukku?...

Aku tidak tahu lagi..
Tidak tahu harus bagaimana lagi..
Aku telah mencoba pelbagai cara
Namun hampa..
Terima kasih kerana masih menyinta..
Walau aku mungkin telah berubah..
Hatiku..
Hatiku yang berubah..

Dia tidak lagi marah marah
Dia tidak lagi mengherdik mencerca
Dia tidak lagi kasar denganku
Dia sudah kembali baik kepadaku
Mencintai aku ia lelaki ini memang terlalu menyayangiku
Hari ini dia menegur kenapa aku termenung..
Wahai lelaki yang hatinya menjadi milikku,
Aku tidak tahu lagi dimana hatiku,
Maafkan aku..
Tetapi..
Usah gusar,
Prinsip ku tetap utuh,
Aku cuma akan berjalan lurus dibumi Allah ini,
Tidak sekali-kali aku akan membiarkan diri ku hanyut dengan permainan dunia..
Aku harus bertemu ibuku dengan wajah indah tersenyum..
Disana..


Lia Razali..




No comments:

Post a Comment