Friday, July 10, 2015

Bahagia


Dalam aku mengejar bahagia,
Teringat aku akan angan-angan semalam,
menyenangkan,
Apa bisa aku capai angan-angan itu,
Atau ia cuma imaginasi,
Khayalan akalku,
Untuk membuatkan aku lupa sejenak,
Kesusahan.

Susah,
Sinonim untukku,
Apa aku lahir kedunia,
Untuk menghadapi kesusahan yang begini?
Letih aku pedih,
Sedih aku rintih,
Ingin aku lari,
Dari pekung yang menyiksa ini,

Jika ada bulan yang memandang,
Wahai bulan,
Aku ingin menjadi sepertimu,
Hanya duduk dilangit,
Menghayati segala kejadian,
Pada malam yang indah
Bila saat makhluk bumi enak beradu,

Jika ada ujud awan yang bersimpati,
Wahai awan,
Tahukah engkau jika aku senang sekali saat kau gelap?
Kerna aku tahu bila gelap akan turun rintik hujan,
Dan aku senang menangis bersamamu,
Seakan akan kau sahabat yang turut menangis kerna aku,

Aku,
Aku yang sentiasa rasa kosong dalam kehidupanku,
Mengharap ada lembayung putih teguh bersamaku,
Aku,
Aku yang tahu hakikat bahawa aku tidak cukup kuat,
Berharap akan muncul satu saat,
Takdir yang indah itu ada untukku.
Walau ia cuma hadir,
Dipengakhiran ceritaku.

Plb

No comments:

Post a Comment